120 PIPS Lonjakan GBP/USD Pada Penghujung Dagangan Minggu Lalu

625

Dagangan pasangan matawang GBP/USD menunjukkan penurunan selama tiga minggu berturut-turut berikutan isu Brexit yang terus memberi tekanan terhadap Pound Sterling. Pergerakan harga pada minggu lalu telah melihatkan harga breakout paras support 1.28400 dan mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada GBP/USD sekitar paras 1.2773.

Namun, data jualan runcit di UK yang mencatatkan kenaikan serta dagangan USD yang kembali lemah pada sesi pasaran New York Jumaat lalu ekoran terkesan pada perkembangan rundingan dagang AS-China, menyokong harga untuk membuat kenaikan semula.

Harga merekodkan kenaikan sekitar 120 pips dari paras terendah semasa sehingga ke penghujung sesi pasaran New York sebelum menutup dagangan minggu lalu di bawah paras harga 1.29000.

Sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan harga cuba untuk meneruskan kenaikan menuju zon SBR (support become resistance) sekitar paras 1.29300 dan juga berhampiran paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line.

Jika Sterling berjaya mengukuh pada dagangan hari ini, harga berpotensi untuk mencapai sekitar 100 pips kenaikan menuju ke paras harga 1.3000 atau lebih tinggi ke paras sekitar resistance MagicR3.

Namun, jika perkembangan rundingan dagang menimbulkan kebimbangan terhadap pasaran, USD bakal mengukuh semula dan menekan kembali harga berkemungkinan menuju ke paras terendah harga semasa. Pergerakan harga ke paras support tersebut boleh mencecah sehingga hampir 150 pips penurunan.

Lihat paras tumpuan pada gambar chart GBP/USD di bawah untuk membantu anda mencari peluang posisi dagangan GBP/USD berdasarkan sentimen pasaran semasa.

 

 

Lihat juga paras-paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line dan perhatikan reaksi harga di paras berikut.

Paras support: 1.2814, 1.2743, 1.2701.

Paras resistance: 1.2927, 1.2969, 1.3040.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat