(2.08 pm) USD Melemah Berbanding Matawang Utama Yang Lain

56

Indeks US dolar ketika ini jatuh 0.22% setakat pukul 2.03 petang, dengan pasangan-pasangan matawang utama yang lain juga menunjukkan US dolar terus tertekan sejak Selasa.

USD/JPY ketika ini jatuh hampir 60 pip dari paras penutupan Rabu dan susut 0.31%.

EUR/USD naik 0.25% dan membuat kenaikan sejak hari Selasa.

Matawang-matawang utama yang lain juga mengukuh berbanding US dolar dengan emas meneruskan kenaikan.

Walaupun US dolar sebelum ini mendapat sokongan dari reformasi cukai, tetapi seakan pasaran tidak begitu teruja dengan perkara tersebut menjelang hujung tahun.

Ada beberapa spekulasi mengatakan kejatuhan US dolar ketika ini adalah disebabkan faktor hujung tahun dengan aktiviti pengambilan keuntungan dan penutupan akaun syarikat-syarikat global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat