2 Faktor Penyebab Pelabur Jauhi Saham Hardware Buat Masa Ini

392

‘Buat masa ni macam tak ngam je melabur dalam sektor komputer.’

Kebimbangan inflasi dan usaha Federal Reserve (Fed) dalam mengimbangi kenaikan harga serta perbelanjaan pengguna telah membuatkan pelabur beralih keluar dari saham perkakasan (hardware) seperti Dell Technologies, HP Inc dan Hewlett Packard Enterprise Co.

Sebaliknya, pelabur beralih kepada syarikat yang kurang bergantung kepada kitaran ekonomi dalam meningkatkan jualan seperti Apple Inc dan Amazon.com Inc.

Pakar strategi teknologi Robert W Baird & Co, Ted Mortonson, berpendapat pelabur mencari saham yang berlatar belakang pertumbuhan yang kukuh.

Pada minggu lalu sahaja Dell telah menyaksikan penyusutan 11% iaitu penurunan terbesar sejak Februari sementara HP mencatat pengurangan terbesar sejak Mei 2020.

Ekoran daripada itu Morgan Stanley telah menurunkan penilaian bagi kedua-dua saham tersebut dengan jangkaan prestasi lemah ekoran kenaikan kos, sementara Goldman Sachs menulis penilaian Dell berdasarkan permintaan sederhana terhadapnya.

Umumnya, syarikat perkakasan telah pamerkan prestasi cemerlang pada tahun ini ekoran prospek faedah yang tinggi sehingga ramai pelabur keluar daripada saham pertumbuhan nilai tinggi untuk masuk ke dalam firma teknologi yang lebih murah.

Namun, sejak beberapa minggu lalu pelabur dilihat menjual saham firma teknologi ekoran kebimbangan pertumbuhan ekonomi.

Sentimen berhati-hati terhadap saham bernilai berbanding lantunan semula dalam saham megacaps seperti Apple, Amazon dan Alphabet Inc dilihat sebagai pelaburan jangka panjang terbaik.

Saham teknologi pertumbuhan meningkat 7% sejak 14 Mac apabila indeks Nasdaq 100 mendahului manakala teknologi merurun pada masa yang sama.

Sementara itu, sesi penjualan baru-baru ini telah menjadikan saham perkakasan lebih murah dengan Dell menjual 7.2 kali anggaran pendapatan iaitu terendah sejak November manakala HP pada 8.3 kali.

Penganalisis meramalkan bahawa keuntungan bagi syarikat perkakasan dan peralatan teknologi akan meningkat sebanyak 8.8% pada 2022, lebih rendah 13% yang dijangkakan untuk keseluruhan sektor teknologi dan 10% di S&P 500.

Counterpoint Research juga ramalkan penghantaran PC global akan jatuh buat kali pertama dalam tempoh 4 tahun ekoran permintaan yang didorong oleh pandemik untuk komputer semakin suram.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat