2 Jangkaan Pergerakan GOLD Selepas Turun Semula Ke Paras $1,900

1,204

Harga emas kembali bergerak mendatar semula berhampiran paras tumpuan $1900 pada dagangan yang bersambung pada Selasa selepas kenaikan yang dipamerkan pada permulaan dagangan awal minggu.

Pada dagangan Isnin semalam, harga yang memulakan dagangan di sekitar paras 1900.00 pada carta harga XAU/USD telah pamerkan kenaikan sehingga ke paras 1918.00 namun kembali turun semula selepas gagal melepasi zon SBR (support become resistance) tersebut sebelum menutup dagangan sesi New York di sekitar paras 1900.00 kembali.

Hal ini adalah didorong oleh perubahan nilai matawang US dolar dalam pasaran dalam ketidaktentuan terhadap perbincangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dengan tarikh pilihan raya Presiden yang semakin hampir.

Kebimbangan pasaran kembali memberi ruang pengukuhan buat US dolar untuk kembali menekan harga pada carta XAU/USD ke bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk memberi isyarat awal trend bearish harga.

Namun, arah pergerakan harga masih lagi belum jelas selagi ketidakpastian terhadap faktor-faktor utama yang mempengaruhi pasaran itu masih membelenggu kegelisahan para pelabur.

Bagi jangkaan penurunan harga emas di bawah paras 1900.00, paras sokongan terhampir harga adalah dilihat pada 1875.00 iaitu zon RBS (resistance become support).

Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon support pada sekitar paras 1850.00.

Sebaliknya, bagi arah pergerakan menaik pula, harga yang berjaya melepasi zon SBR 1910.00, destinasi kenaikan lebih tinggi seterusnya adalah menuju ke zon resistance 1930.00 yang dicapai pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat