2 Saham Syarikat Milik Anak Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin Melonjak Selepas Pelantikan Sebagai Perdana Menteri Ke-8 Malaysia

3,513

Berikutan dengan kemelut politik Malaysia yang masih hangat hingga ke hari ini bukan sahaja meninggalkan kesan terhadap rakyat akan tetapi, turut mempengaruhi pasaran. Apa yang lebih mengejutkan ialah baru-baru ini, sebanyak RM43.4 bilion telah dilaporkan hilang dari Bursa Malaysia.

Kini, ramai yang beranggapan bahawa drama politik yang tercetus itu telah pun berakhir dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Meskipun terdapat banyak respon dan jangkaan yang didedahkan hasil daripada pelantikan tersebut, rakyat Malaysia mampu untuk menarik nafas lega.

Namun, apa yang terjadi di Bursa Malaysia ini mungkin akan mencuri perhatian semua. Berikutan dengan pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, saham 2 buah syarikat ini dikatakan melonjak naik bahkan paling aktif diniagakan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah 2 buah syarikat tersebut?

Eden Inc Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Eden Enterprises (M) Berhad adalah salah satu daripadanya! Sejak tahun 1964, EDEN telah berjaya mempelopori pasaran melalui bahagian Makanan dan Minumannya. Dalam tempoh beberapa tahun, syarikat tersebut berkembang dengan pesat dengan jumlah pelanggan yang semakin ramai.

Kini, EDEN semakin berkembang dengan kehadiran beberapa kumpulan syarikat yang diasaskan serta dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman dan berkelayakan. Bermula dengan sektor Makanan dan Minuman serta Pelancongan, kini telah beralih kepada sektor tenaga dan pembuatan. Melalui perkembangan berkenaan, EDEN telah berjaya bertahan dengan memiliki keuntungan dan aliran tunai yang mantap dalam jangka masa panjang.

Baru-baru ini, EDEN dilaporkan mencatatkan kenaikan sebanyak 7 sen, dengan harga 36.5 sen bahkan sebanyak 138.40 juta saham berjaya didagangkan!

Sebuah lagi syarikat ialah Thriven Global Bhd. Syarikat ini beroperasi sebagai syarikat induk pelaburan yang terlibat dalam perniagaan pembangunan dan pelaburan hartanah di Malaysia. Selain itu, ianya terbahagi kepada 3 segmen iaitu, pembangunan hartanah yang terlibat dengan hartanah kediaman dan komersial, pelaburan hartanah yang melibatkan pengurusan dan pajakan hartanah dan segmen terakhir iaitu pelaburan yang terdiri daripada aktiviti pegangan pelaburan.

Di samping itu, majoriti pendapatannya dihasilkan melalui segmen pelaburan hartanah. Apa yang menakjubkan ialah saham syarikat tersebut dikhabarkan melonjak naik sebanyak 9 sen, dengan harga 31 sen serta sebanyak 37.74 juta saham telah didagangkan!

Apa yang lebih mengejutkan ialah kedua-dua syarikat ini mempunyai kaitan dengan anak kepada Perdana Menteri Malaysia ke-8 iaitu Datuk Fakhri Mahiaddin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat