Euro Dollar menyusut lebih 150 mata Rabu semalam untuk didagangkan sekitar 1.2345 lewat sesi petang dagangan New York selepas minit mesyuarat FOMC Federal Reserve Amerika Syarikat keluar seperti yang dijangkakan. Data “consumer price index” Euro-Zone yang juga keluar seperti jangkaan, 0.3% berbanding 0.4% pada bulan sebelumnya, meyaksikan Euro terus dijual apabila pasaran London dibuka.
Ahli eksekutif lembaga pengarah ECB, Benoit Coeur dalam satu temuramah dengan French Daily L’Opinion berkata “kebanyakan ahli lembaga pengarah dalam ECB bersetuju untuk mengambil tindakan selanjutnya dan berbincang terus tentang kaedah-kaedah yang bakal digunakan untuk menangani masalah ekonomi Euro-Zone.”
Pada masa yang sama, Presiden Bank Pusat Jerman, Jens Weidmann meragui keberkesanan pembelian besar-besaran Bon kerajaan negara-negara Kesatuan Eropah. Walaupun tidak menolak pakej ransangan ekonomi yang baru untuk 2015, beliau mengatakan ahli lembaga pengarah ECB mestilah memantau jangkaan kadar inflasi negara masing-masing dan sekiranya inflasi mengurang, ianya bermakna “inflation-adjusted interest rate” terpaksa dinaikkan, bagi mengawal keadaan kewangan yang meruncing.
Hari ini, dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari Euro-Zone, dan hanya data “initial jobless claims” dari Amerika Syarikat yang dijangka menambah 1,000 pemohon dari 294,000 bulan lepas; pasaran dilihat mungkin menumpu pada data berimpak sederhana dalam keadaan dagangan yang berhati-hati.