
Pada masa yang sama, Dollar semakin menguat lantaran permintaan yang semakin bertambah disebabkan spekulasi pasaran bahawa Federal Reserve AS bakal menaikkan “interest rate” lebih awal dari jangkaan. Ini disokong pula oleh GDP yang keluar pada 5% dan “initial jobless claims” yang mengurang kepada 280 ribu; jelas menunjukkan ekonomi terbesar dunia itu, sedang mengembang pada kadar yang terbaik dalam masa 10 tahun.
Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari UK dan AS, pasaran dijangka dalam dagangan tipis lantaran pedagang dan pelabur yang masih dalam mood percutian.






















































