Emas yang didagangkan dalam suasana “ranging” pada Khamis dengan paras terendah harian sekitar $1,201.20 dan tertinggi harian sekitar $1,213.35 selepas mesyuarat ECB terakhir untuk tahun 2014 yang menyaksikan Presiden Mario Draghi merancang menambah pakej ransangan ekonomi Euro-Zone untuk tahun 2015. Para pelabur dilihat mengambil tindakan berhati-hati dalam dagangan sebelum berita NFP Jumaat yang dijangkan lebih baik.
Walaubagaimanapun harga emas yang merudum selepas penolakan terhadap “Swiss Gold Initiative” ahad lalu, bangkit semula keparas tertinggi minggu ini sekitar $1,221.05 selepas Moody menurun-taraf kredit Jepun yang dilihat oleh para pelabur sebagai tanda pasaran yang tidak menentu. Emas adalah instrumen yang sering dipilih, selain Perak, untuk melindungi aset dan pelaburan dari inflasi. Pasca berita NFP Jumaat bakal meyaksikan sama ada permintaan terhadap Dollar akan terus meningkat atau mungkin logam berharga seperti Emas dan Perak bakal menjadi pilihan.
Masih tercari-cari broker ? Buka akaun forex anda di sini – KLIK SINI