Dollar CAD melonjak ke paras tertinggi tahunan yang baru sekitar 1.1549 pada Khamis sesi petang dagangan New York apabila 3 data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat keluar lebih baik dari jangkaan. Data “retail sales” melebihi jangkaan sebanyak 0.3%, “retail sales ex-auto” melebihi jangkaan sebanyak 0.4% dan “initial jobless claims” kurang dari jangkaan sebanyak 1,000 pemohon. Penyusutan nilai “loonie” diburukkan lagi dengan harga minyak mentah yang terus menyusut ke paras terendah yang baru untuk tahun ini sekitar $60.05 setong pada sesi petang dagangan New York.
Dalam taklimat ekonomi dunia 2015 oleh Bangsa-Bangsa Bersatu pada Rabu lalu, dikatakan harga minyak akan meningkat semula ke paras yang lebih tinggi, tetapi bilakah masanya adalah suatu spekulasi umum. Ekonomi negara-negara pengeluar minyak seperti Kanada, Rusia dan Negara Timur Tengah terjejas teruk dengan kejatuhan harga minyak dunia sejak 6 bulan yang lalu. Cukai yang terhasil dari produksi minyak adalah antara penyumbang besar kepada kewangan kerajaan Kanada.
Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada; US Dollar dilihat akan terus menguasai pasaran dengan data berimpak tinggi “consumer sentiment index” dari Amerika Syarikat yang dijangka keluar pada 89.50 lebih baik dari bulan lepas, 88.80
[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://intraday.my/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]