Dollar CAD menokok kembali 23 mata setelah Dollar mengukuh dalam sesi dagangan semalam setelah komen dari Presiden Federal Reserve New York William Dudley yang optimistic untuk kadar faedah dinaikkan pada pertengahan 2015. Minyak mentah terus merudum dengan peningkatan pengeluaran di Amerika Syarikat dari telaga-telaga baru pada tahap tertinggi dalam tempoh 3 dekad ketika pasaran global melemah. Walaubagaimanapun pasaran hadapan untuk Minyak mentah gred West Texas melonjak semula setelah jatuh ke paras terendah dalam 5 tahun.
Penganalisis ekonomi menjangkakan Federal Reserve akan mengabaikan harga minyak mentah dalam jangka masa pendek dalam mesyuarat FOMC bulan ini. Dijangkakan juga perdebatan akan berlaku samada Federal Reserve akan mengekalkan kadar faedah rendah buat masa ini, walaupun Presiden Federal Reserve New York William Dudley menegaskan kenaikan kadar faedah pada pertengahan 2015 adalah wajar.
Dapatkan 100% Bonus atas nilai deposit anda jika anda bersama FxPrimus hari ini. Buka akaun segera – KLIK SINI