Euro Dollar terus merudum lebih 140 pips, Khamis semalam dari paras tertinggi harian sekitar 1.0790 ke serendah 1.0635; sebelum menutup pada sekitar 1.0660, sekaligus meletakkan kadar tukaran EUR|USD untuk berada di bawah pivot hari ini, sekitar 1.0695 Euro Dollar yang telah kembali merudum, sejak Isnin lalu, kini telah menghampiri paras sebelum mesyuarat FOMC pertengahan bulan lepas.
Di pasaran Eropah, Jerman melaporkan “trade balance” yang mengecewakan dengan pengurangan pada 19.7 bilion Euro berbanding jangkaan sebanyak 20.1 bilion Euro. Data sebelumnya juga dikemaskini kepada lebih buruk. Krisis ‘Grexit’ sedikit melegakan apabila menteri kewangan Greece, Yanis Varoufakis berjanji untuk membayar balik pinjaman IMF sebanyak 459 juta Euro dalam perjumpaan di washington ahad lalu.
Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka dalam dagangan ‘ranging’ dan berhati-hati, melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni