Euro Dollar yang jatuh lebih 100 pips Jumaat lalu, untuk mencecah paras terendah sekitar 1.1150 kembali memacu naik lebih 135 pips sebelum menutup sekitar 1.1260, lebih tinggi dari pembukaan. Pagi ini kadar tukaran EUR|USD membuka dengan lebih 40 pips ‘gap-down’ sekitar 1.1210, setelah IMF keluar dari rundingan ‘bailout’ dengan Greece; sekaligus meningkatkan kemungkinan Grexit.
Di pasaran Eropah, Greece mesti mencapai kompromi dengan pemiutangnya – IMF, Suruhanjaya Eropah dan Bank Pusat Eropah – sebelum akhir bulan ini untuk membuka kunci tunai yang amat diperlukan untuk pembayaran hutangnya. Kegagalan berbuat demikian akan membawa kepada bangkrap dan mungkin keluar dari Euro-Zone.
“Hakikat IMF berjalan keluar dari rundingan dan terbang terus kembali ke Amerika tidak membantu sentimen atau memberi anda keyakinan perjanjian yang akan dilakukan … Ini hanya akan mendatangkan kerisauan,” menurut Evan Lucas, seorang IG strategi pasaran di Melbourne.
Di pasaran Amerika Syarikat, data ekonomi AS menunjukkan pemulihan dalam jualan runcit pada bulan Mei, terutamanya ke atas kereta; sekaligus menyokong mata wang Amerika itu sebagai bukti bahawa pengguna telah membuka dompet mereka. Walaupun data jualan runcit Amerika Syarikat kukuh, kenaikan Dollar adalah kecil – kira-kira 0.6% kepada $1.1260 per Euro – di tengah-tengah permintaan untuk Bon Perbendaharaan AS.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni