Euro Dollar kembali memacu naik lebih 90 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1015 sebelum menutup sekitar paras 1.0985; selepas Euro mendapat sokongan belian apabila Greece maju selangkah lagi lebih dekat dengan menerima pakej menyelamat ketiga, selepas parlimen negara itu meluluskan set kedua pemulihan ekonomi yang diperlukan oleh pemiutang.
Kelulusan perundangan adalah pra-syarat dari pemiutang antarabangsa untuk Greece memulakan rundingan rasmi mengenai program bantuan €86 bilion ($94.51 bilion), bertujuan bagi membantu negara itu membayar hutangnya dan kembali berada di atas landasan pertumbuhan ekonomi. Namun terdapat bahagian yang sukar, di mana kedua-dua pihak akan membincangkan isu-isu sensitif seperti perlepasan hutang.
Pegawai daripada institusi pemberi pinjaman – Suruhanjaya Eropah, Bank Pusat Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa (sebelum ini dikenali sebagai “Troika”) – akan berada di Athens hari ini, untuk membuka perbincangan terperinci dengan kerajaan Greece. Greece pada hari Isnin menggunakan pinjaman tambahan untuk membersihkan kira-kira €2 bilion hutang tertunggak dengan IMF dan membayar balik €4.2 bilion hutang dan “interest” kepada ECB.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni