Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 25 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.0625 ke serendah 1.0600, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah pasaran AS bercuti sempena “Thanksgiving” dan sentimen pasaran terus berlegar-legar sekitar ransangan tambahan dari ECB dalam mesyuarat minggu depan, bagi menangani kelembapan ekonomi dan inflasi.
Di pasaran Eropah, sentimen pengguna Perancis yang dijangka jatuh kepada 95, kekal tidak berubah pada bulan November, menurut data kajian dari pejabat Insee statistik semalam. Indeks keyakinan pengguna dilaporkan pada 96, sama seperti pada bulan Oktober. ECB pula melaporkan aliran tunai tahunan dalam pasaran, telah meningkat kepada 5.3% berbanding 4.9% jangkaan dan angka sebelum ini. Pertambahan ini adalah disebabkan oleh dana ransangan ECB yang dilancarkan sejak Januari lalu.
[adrotate group=”6″]
Di Amerika Syarikat Rabu lalu, Jabatan Perdagangan AS mengeluarkan satu laporan yang menunjukkan bahawa pendapatan peribadi AS meningkat sejajar dengan anggaran pada bulan Oktober; namun perbelanjaan peribadi meningkat kurang daripada yang dijangkakan. Selepas melaporkan kejatuhan mendadak dalam jualan rumah baru pada bulan sebelumnya, Jabatan Perdagangan AS mengeluarkan satu laporan yang menunjukkan bahawa jualan rumah baru meningkat semula pada bulan Oktober.
Menurut laporan itu, jualan rumah baru AS melonjak 10.7% kepada kadar tahunan sebanyak 495 ribu unit rumah pada Oktober lalu, selepas kejatuhan 12.9% dan dikemaskini kepada 447 ribu pada bulan September. Ahli ekonomi menjangkakan jualan rumah baru untuk meningkat kepada 499 ribu daripada 468 ribu unit yang dilaporkan untuk bulan sebelumnya. Dollar stabil semalam selepas beberapa petunjuk ekonomi yang agak rancak, menolak mata wang AS itu ke paras yang lebih tinggi.