Euro Dollar naik sedikit Isnin semalam, lebih 45 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.0990 sebelum menutup sekitar paras $1.0965; setelah pasaran buka untuk minggu terakhir 2015 dengan kebanyakan para trader, pengurus dana dan pelabur yang masih bercuti sempena Krismas dan Tahun Baru Jumaat ini.
“Dolar tidak mempunyai hala tuju yang jelas,” memandangkan banyak pasaran luar negeri yang lain masih ditutup, kata seorang penganalisis di broker Jepun. “Tetapi dolar tidak jatuh seperti yang ditakuti sebelum ini.” tambah beliau lagi. Pakej rangsangan ECB adalah lebih kecil daripada jangkaan, sekaligus memaksa Euro ke paras yang lebih tinggi. Para pelabur jelas terlalu optimistik mengenai kesediaan ECB untuk campur tangan dalam pasaran, walaupun Presiden Mario Draghi menegaskan beliau akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Euro.
[adrotate group=”6″]
Presiden ECB itu terus berhujah bahawa kadar pertukaran EUR/USD yang rendah boleh membantu memulihkan ekonomi Eropah, namun nampaknya beliau masih teragak-agak untuk melakukannya dengan menambah dana ransangan. Jika ECB bersedia untuk menyokong kata-kata Mario, pakej rangsangan itu akan memenuhi jangkaan. Pada masa itu, mungkin Presiden Mario Draghi telah mengharapkan kenaikan kadar daripada Federal Reserve AS akan membuat eksport Eropah lebih menarik.