Euro Dollar terus jatuh lebih 110 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.0965 sebelum menutup sekitar paras 1.0985; selepas Federal Reserve awal pagi tadi menunjukkan kepada ekonomi AS yang semakin meningkat dan pasaran kerja yang lebih kukuh, kerana ia menetapkan untuk kenaikan “interest rate” mungkin pada bulan September.
Pada awal tahun ini, Feds mengambil pendekatan mesyuarat demi mesyuarat, terhadap masa kenaikan kadar pertama sejak Jun 2006; dan membuat keputusan itu semata-mata bergantung kepada data ekonomi yang dilaporkan. “Dengan laporan pekerjaan, inflasi dan GDP yang datang sebelum mesyuarat September, maka Fed tidak membayangkan terlalu jelas tentang rancangannya,” komen ahli ekonomi Barclay, Michael Gapen dan Rob Martin.
Walaupun mempunyai reputasi yang pesimis, Pengerusi Feds Janet Yellen ialah antara mereka yang menarik perhatian pembeli Dollar dalam kenyataan umum baru-baru ini. Beliau berpendapat kenaikan kadar adalah sesuai pada tahun ini dan tidak menghadirkan kejutan negatif kepada ekonomi.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni