Euro Dollar membuka dengan lebih 110 pips ‘gap-down’ hari ini, pada sekitar 1.0990 selepas berada dalam dagangan ‘ranging’ Jumaat lalu; walaupun data NFP Amerika Syarikat yang mengecewakan tidak banyak membantu kenaikan Euro, ekoran pasaran yang menumpukan perhatian kepada referendum Greece semalam. Dengan undian “no” yang mendahului pada 61.3%, pasaran terumbang-ambing dengan matawang ‘safe-haven’ seperti Dollar, Yen, dan Swiss Francs mendapat permintaan.
Undian “no” memungkinkan untuk Greece keluar dari Euro-Zone dan ini bakal menyebabkan krisis yang lebih besar walaupun Greece hanyalah menyumbang 2% daripada kuasa ekonomi Euro-Zone. Pengeluaran Greece dari Euro-Zone boleh mendorong negara pinggiran Eropah yang lain seperti Ireland untuk mengikut jejak langkah yang sama.
Di pasaran Amerika Syarikat, Dollar berada di bawah tekanan pada Jumaat berikutan laporan pekerjaan AS yang mengecewakan menyebabkan pelabur mempersoalkan kemungkinan kenaikan “interest rate” pada September. Sebelum daripada itu, Jabatan Tenaga Kerja AS berkata ekonomi terbesar dunia itu menambah 223 ribu pekerjaan pada bulan Jun tetapi kadar upah tidak berubah berbanding Mei. Ia juga mengurangkan anggaran pertumbuhan pekerjaan pada bulan April dan Mei.
Bacaan yang kuat akan menguatkan jangkaan bahawa Federal Reserve akan menaikkan “interest rate” tidak lama lagi. “Data ini tidak menunjukkan pasaran hanya akan mengumpul ke dalam dolar … Ia hanya membawa kepada lebih penyatuan pada paras semasa,” menurut Lennon Sweeting, seorang peniaga di USForex, kepada Bloomberg News. Tetapi Ernie Cecilia, ketua pegawai pelaburan Bryn Mawr Trust yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, angka pekerjaan tidak menukar kemungkinan kadar Fed meningkat tahun ini, yang merupakan satu nilai tambah bagi Dollar AS.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni