Euro Dollar terus menyusut lebih 90 pips, untuk mencapai paras terendah sekitar 1.0987, setelah mesyuarat ECB Khamis semalam, walaupun terdapat ‘spike-up’ yang sementara. Pasaran menyaksikan “interest rate” Euro-Zone dikekalkan pada 0.05% dan presiden Mario Draghi mengumumkan perincian lanjut tentang ‘Quantitative Easing’ Euro Zone yang diumumkan December lepas. Menurut beliau, ECB akan mula membeli bon-bon kerajaan negara Eropah bermula 9 Mac ini sehingga September 2016.
Di Amerika Syarikat pula, permintaan untuk Dollar dilihat mula mengurang, dengan para pelabur dan pengurus dana dilihat mula mengambil untung belian Dollar mereka. US Dollar index kini berdepan dengan resistance bulanan pada sekitar 96.75 Dollar yang berada pada paras tertinggi dalam masa 12 tahun, kini berdepan dengan ketepuan pasaran. Kenyataan presiden Feds, Janet Yellen baru-baru ini juga agak mengejutkan, dengan mengadakan alasan inflasi dan gaji pekerja sebagai faktor melewatkan kenaikan “interest rate”.
Hari ini, data yang ditunggu-tunggu oleh pasaran bagi menentukan hala tuju Dollar selanjutnya, NFP bakal dilaporkan. Pasaran menjangka 17 ribu orang telah hilang pekerjaan. Di Eropah pula, GDP Euro-Zone bakal dilaporkan, yang dijangka meningkat sebanyak 0.1% Keadaan ini dilihat memihak kepada euro, walaupun dilihat bersifat sementara.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni