Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 100 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1190 ke serendah 1.1090, walaupun menutup sedikit tinggi dari pembukaan pada dagangan lewat petang New York; setelah data NFP Amerika Syarikat mengecewakan para pelabur yang berharap dengan kenaikan kadar oleh Feds pada bulan ini.
Sebelum daripada itu Euro jatuh ke paras terendah dalam masa dua minggu, selepas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Mario Draghi, mencadangkan pembuat dasar mungkin tidak lama lagi terpaksa mengembangkan langkah-langkah rangsangan tambahan sebagai reaksi kepada data-data ekonomi Euro-Zone yang lemah.
[adrotate group=”6″]
Encik Draghi memberi amaran bahawa risiko baru untuk tinjauan ekonomi ECB telah muncul, merujuk kepada penurunan berterusan harga minyak dan kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi di kalangan negara-negara pasaran baru. Bank Pusat Eropah dalam mesyuarat kewangan terbarunya mengelak untuk meningkatkan saiz, komposisi, dan tempoh program pelonggaran kuantitatif, sekaligus mendorong kenaikan dalam pasaran ekuti dan komoditi walaupun ianya bersifat sementara.