Euro Dollar yang meningkat lebih 75 pips pada sesi Asia dan pagi Eropah, Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.0885; menjunam sepanjang sesi New York sebelum menutup pada sekitar 1.0780, dan meletakkan kadar tukaran EUR|USD untuk berada di bawah pivot hari ini, sekitar 1.0810
Di pasaran Eropah, data “factory orders” Jerman keluar mengecewakan pada -0.9% berbanding 1.5% jangkaan, walaupun data sebelumnya dikemaskini kepada lebih tinggi, -2.6% “Retail sales” untuk seluruh Euro-Zone pula terus jatuh kepada -0.2% berbanding 0.9% pada sebelum ini. Kerajaan Greece hari ini, mengumumkan bahawa Jerman berhutang sebanyak 279 bilion Euro kesan dari perang Dunia ke-2.
Ramai para penganalisa menganggap, langkah untuk mendapatkan dana ini sebagai lemah dan kurang berkesan. Dengan ketiadaan persetujuan dari semua pihak, Greece dilihat berpotensi untuk bankrap apabila tidak mampu membayar balik hutangnya. Perdana menteri Alexis Tsipras yang bertemu presiden Russia Vladimir Putin hari ini, diberitakan tidak memohon sebarang bantuan dana, sebaliknya mahu Russia melabur di Greece.
Hari ini Jerman bakal melaporkan data “trade balance” yang dijangka lebih baik, 20 bilion Euro berbanding 19.7 bilion Euro pada sebelumnya. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka meningkat dari 268 ribu kepada 283 ribu pemohon. Dengan ‘bearish’ sentimen terhadap Euro-Zone, para pedagang dilihat lebih berminat dengan strategi ‘sell-on-rally’.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni