Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 75 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1230 ke serendah 1.1150; walaupun ekonomi Euro-Zone dilaporkan meningkat lebih cepat daripada anggaran sebelum ini dalam tempoh tiga bulan hingga Jun, kerana peningkatan pada eksport mengimbangi kelembapan dalam penggunaan isi rumah dan penurunan dalam perbelanjaan pelaburan.
Agensi Statistik Kesatuan Eropah juga menaikkan anggaran untuk pertumbuhan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Semakan itu bermakna pemulihan sederhana Euro-Zone menjadi lebih kukuh pada separuh pertama tahun ini, satu perkembangan yang boleh membawa beberapa ahli-ahli majlis Bank Pusat Eropah untuk mempersoalkan keperluan untuk sebarang rangsangan tambahan.
[adrotate group=”6″]
Secara amnya, pertumbuhan ekonomi di Euro-Zone itu sedang disokong oleh penggunaan isi rumah yang sihat, manakala perniagaan dan kerajaan tetap enggan melabur; walaupun pengurangan kadar Bank Pusat Eropah membuatkan kos pinjaman lebih rendah. ECB telah mengenal pasti peningkatan perbelanjaan pelaburan sebagai keutamaan bagi Euro-Zone, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghentikan penurunan dalam potensi pertumbuhan jangka panjang blok ekonomi itu.