Pound Dollar terus merudum lebih 190 pips Khamis semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.4885; sebelum menutup pada paras 1.4710, sekaligus meletakkan kadar tukaran GBP|USD untuk berada di bawah pivot hari ini sekitar 1.4760 Pound Dollar yang telah berada dalam keadaan ‘ranging’ sejak 3 minggu lalu, dijangka berterusan sehingga pilihanraya umum UK pada Mei 7 ini selesai.
Di pasaran United Kingdom, Bank of England dilaporkan mengekalkan “asset purchase facility” sebanyak 375 bilion Pound dan “interest rate” juga kekal pada 0.5% Walau bagaimanapun, laporan “trade balance” yang jauh meleset daripada sebelumnya, -2.86 bilion Pound berbanding -1.54 bilion Pound , menjadikan pasaran lebih berminat untuk menjual Pound.
Hari ini United Kingdom bakal melaporkan “industrial production” tahunan yang dijangkakan melemah, dari 1.3% kepada hanya 0.4% dan “manufacturing production” tahunan yang juga dijangka melemah dari 1.9% kepada 1.3%; sekaligus memberi Dollar lebih ruang untuk terus menguasai pasaran.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni