Pound Dollar kembali memacu naik lebih 180 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5640 sebelum menutup sekitar paras 1.5635; selepas pasaran memberikan reaksi positif kepada ucapan Gabenor Bank of England Mark Carney dan laporan inflasi UK. Laporan jualan runcit AS yang mengecewakan, menambah sokongan kenaikan kadar tukaran GBP|USD.
Walau bagaimanapun, dengan pengerusi Federal Reserve Janet Yellen menegaskan bahawa bank pusat AS itu masih bercadang untuk menaikkan “interest rate” sebelum akhir tahun ini, Dollar AS boleh menolak Pound ke paras yang lebih rendah sepanjang minggu ini. Kenyataan Bajet Bulanan AS juga boleh memberi kesan kepada pasaran.
Memandangkan bahawa UK telah melaporkan pelbagai keputusan data ekonomi yang bercampur-campur sejak minggu lalu; Pound mempunyai potensi untuk turun naik berbanding matawang lain sepanjang minggu yang akan datang, dengan beberapa pengaruh penerbitan data domestik yang dijangka keluar. Data yang positif boleh menyemarakkan kenaikan nilai Sterling yang tidak akan disambut baik oleh pembuat dasar Bank of England.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni