Pound Dollar meneruskan pacuan melebihi 80 pips Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.5730, sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.5775 dalam mood pasaran yang masih lagi ‘bullish’ dengan kemenangan majoriti Parti Konservatif yang tidak diduga. Laporan BoE sebelum ini, yang menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi kepada lebih rendah juga tidak dihiraukan pasaran.
Gabenor Bank of England Mark Carney berkata di BBC radio Khamis semalam, bahawa produktiviti UK yang lemah, salah satu tanda krisis kewangan, kini akan kembali pulih walaupun sederhana. Beliau berkata lagi, langkah seterusnya adalah kenaikan “interest rate” yang mungkin lebih tinggi dalam tempoh setahun. Pada masa yang sama, beliau berkata kekuatan Pound sedikit sebanyak telah membantutkan pertumbuhan ekonomi UK.
Di pasaran Amerika Syarikat pula, mata wang Dollar Amerika terus lemah, dengan Dollar Index berada pada tahap yang paling rendah sejak akhir Januari berikutan data-data ekonomi Amerika Syarikat yang terus menerus lembap. Kini para pelabur, pengurus dana, dan pedagang mula memikirkan semula masa kenaikan pertama “interest rate” AS yang terendah dalam sejarah sejak 2008 itu dan mengatur semula strategi, berikutan pembelian Dollar yang sudah tepu.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni