Pound Dollar merudum lebih 125 pips sepanjang sesi Eropah Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5330 sebelum menutup sekitar paras 1.5340; setelah harga pengeluar bulanan UK dilaporkan meleset dari jangkaan pada -2.4% berbanding -2.3% dan -1.2% pada sebelumnya.
Pada masa yang sama, inflasi jatuh disebabkan oleh kenaikan yang lebih kecil dalam harga pakaian daripada setahun yang lalu, dan harga bahan api yang lebih murah, menurut Pejabat Statistik UK. CPI telah hampir rata untuk tujuh bulan yang lalu. Inflasi telah gagal untuk meningkat disebabkan oleh kejatuhan mendadak harga minyak yang bermula tahun lepas dan perang harga supermarket yang berterusan.
[adrotate group=”6″]
“Dengan harga pengguna yang rata pada bulan Ogos dan inflasi teras yang kembali kepada 1.0%, terdapat tekanan serta-merta di Bank of England untuk mula menaikkan kadar,” menurut Howard Archer, ketua ekonomi Eropah di IHS Global Insight UK. “Walau bagaimanapun antara sebab tambahan untuk Bank of England berhati-hati ke atas kenaikan kadar adalah bukti baru-baru ini, bahawa ekonomi telah mula perlahan pada suku ketiga,” tambah beliau lagi.