Pound Dollar kembali stabil Rabu semalam, selepas jatuh selama 3 hari berturut-turut sejak Jumaat lalu. Kadar tukaran GBP|USD yang menokok lebih 110 pips, dari paras terendah harian sekitar 1.5470 sebelum menutup sekitar paras 1.5535, telah disokong oleh keputusan majlis mesyuarat MPC Bank of England mengekalkan “interest rate” dengan undian 9-0.
Minit mesyuarat dasar Bank of England, telah menjadi tumpuan dalam waktu dagangan Eropah selepas laporan inflasi suku tahunan minggu lalu, mendedahkan bahawa bank pusat UK itu merancang kenaikan “interest rate” yang pertama di sekitar pertengahan 2016. Itu adalah lebih lewat daripada apa yang dijangkakan oleh harga-dalam pasaran. Malah, harga di pasaran hadapan membayangkan kenaikan pada suku pertama tahun depan.
Perhatian kemudian beralih ke minit mesyuarat FOMC dimana Janet Yellen dan rakan sejawatnya telah berhujah bahawa kelemahan yang dilihat melalui musim sejuk adalah sementara. Malah, terdapat persamaan yang ketara antara kemerosotan suku pertama pada tahun 2014 dan 2015. Pada tahun lepas, pasaran terkesan dari pemberhentian sementara QE selepas kelembapan musim sejuk, sebelum kembali kukuh dalam laporan mesyuarat FOMC kemudiannya.
Sekiranya keadaan yang sama berlaku, Federal Reserve dijangka menaikkan “interest rate” sekitar pertengahan tahun ke suku ketiga, bukan pada lewat tahun seperti yang diramalkan ramai penganalisa ketika ini.