GBPUSD dilihat menokok hanya 100 pip dari paras terendah semalam, lebih rendah dari range hariannya akibat semua pedagang tertumpu pada mesyuarat Eurogroup.
USD kembali memberi tekanan apabila data pekerjaan keluar seperti jangkaan. Terdapat data ekonomi yang sangat sedikit dijadualkan untuk diumumkan untuk ekonomi UK berbaki dalam minggu ini dan jangkaan Bank of England (BoE) Govenor Mark Carney akan berucap bermula 10.15 malam nanti.
Manakala aliran keluar data dari Amerika Syarikat adalah jauh lebih banyak dan ini bermakna bahawa US Dolar yang menggerakkan hala tuju Pound minggu ini kecuali ada ucapan yang tidak terjangka oleh Mark Carney.
Sentimen pengukuhan US Dollar tentang interest rate(kadar faedah) termasuk isu Eurozone dan Greece menyebabkan pasaran tidak tentu hala. Tambahan pula data ekonomi UK sangat sedikit minggu ini. Walau bagaimanapun jika dilihat, Pound baru sahaja tergelincir dari paras tertinggi minggu ini dan dijangka hari ini mungkin terdapat aktiviti pengambilan untung oleh pedagang jika isu US Dollar dan Greece tidak terlalu memuncak.
GBPUSD bergerak pada sideway pada kadar atas bawah 20 pip sejak pagi tadi.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni