Pound Dollar menjunam lebih 150 pips dari paras tertinggi sekitar 1.5552 Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah sekitar 1.5393 dan kemudianya menutup pada sekitar 1.5403; sekaligus membentuk ‘bearish engulfing candle’ di carta harian. ‘stop and reverse’ indikator di carta harian masih lagi ‘uptrend’ dengan pembatalan pada sekitar 1.5345 ‘Bearish doji’ pada minggu lepas di carta mingguan, menunjukkan pasaran yang tidak menentu dan secara umumnya ‘bearish’.
Ekonomi United Kingdom dilaporkan berkembang pada kadar yang dijangkakan, dengan laporan GDP tahunan stabil pada 2.7% dan suku ke-4 tahun lepas, sedikit menurun dari 0.7% kepada 0.5% seperti yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, laporan “core CPI” dan “durable good orders” Amerika Syarikat yang lebih baik dari jangkaan menyebabkan para pelabur kembali membeli Dollar. Krisis Grexit juga memberi kesan kepada Britain, ekoran Eropah yang merupakan rakan dagang terbesar Britain.
Hari ini dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari UK, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran terutamanya jika GDP tahunan AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan 2.1% dan 2.6% pada sebelumnya.