Pound Dollar melonjak lebih 100 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5595 sebelum menutup sekitar paras 1.5560; selepas kelemahan Dollar menyebabkan nilai tukaran GBP|USD meningkat. Pada masa yang sama, sentimen GDP UK yang dijangka meningkat dari 0.4% kepada 0.7% hari ini, membantu sokongan belian untuk Pound.
Minggu lalu, Gabenor Mark Carney mencadangkan bahawa “interest rate” boleh mula meningkat sekitar awal tahun depan, dan ahli jawatankuasa dasar monetari David Miles, salah seorang penyokong kuat rangsangan ekonomi, berkata dalam satu temu bual yang disiarkan minggu lalu, bahawa masa untuk kenaikan semakin hampir. Namun, pandangan ini tidak dikongsi oleh semua penganalisis.
“Walaupun Carney membuat pembeli Sterling teruja mengenai kemungkinan kadar UK meningkat pada awal tahun ini, saya melihat jualan semula dalam minyak dan tertanya-tanya sama ada pandangan BoE pada tekanan inflasi akan membawa kepada pengunduran komen mereka,” menurut Jameel Ahmad, Ketua Penganalisis pasaran di FXTM.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni