Pound Dollar merudum lebih 165 pips Khamis semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5635 sebelum menutup sekitar paras 1.5510; setelah keputusan undian Bank of England terhadap “interest rate” UK meleset dari jangkaan pasaran. Hanya 1 undian sahaja berbanding 2 undian minima yang dijangka mengundi untuk kenaikan “interest rate”; sekaligus menyebabkan para pedagang menjual Pound.
Bank of England mengundi 8-1 untuk mengekalkan “interest rate” tidak berubah pada 0.5%. Ian McCafferty adalah pengundi tunggal, yang menyokong kenaikan kadar suku-mata untuk menaikkan kadar asas kepada 0.75%. Minit mesyuarat, yang pada masa ini mula diterbitkan pada masa yang sama dengan keputusan dasar kewangan bulanan, melaporkan:
Prospek jangka masa terdekat bagi inflasi adalah sifar. Kejatuhan harga bahan api daripada beberapa bulan yang lalu akan terus memberati inflasi sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun depan. Bank kini menjangka inflasi kekal pada kira-kira sifar selama sekurang-kurangnya dua bulan akan datang, sebelum meningkat kepada sasaran 2% pada akhir dua tahun, tempoh ramalan jawatankuasa dasar monetari; dengan syarat “interest rate” meningkat sejajar dengan jangkaan pasaran.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni