Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 75 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5155 ke serendah 1.5075, sebelum menutup sekitar paras 1.5105, lebih rendah dari pembukaan sekitar 1.5140; setelah pasaran mengimbangi semula bahawa ECB tidak berbuat seperti yang dijangkakan. Sebelum daripada itu, Pound melonjak terkesan dari kejatuhan nilai Dollar apabila ECB tidak menambah sebarang dana tambahan bagi meransang ekonomi Euro-Zone.
Beberapa bank-bank utama meramalkan kejatuhan mendadak untuk sterling dalam pandangan 2016 mereka, dengan Morgan Stanley meramalkan kejatuhan kepada $1.40 dalam masa setahun dan Deutsche Bank mengekalkan unjuran awal sebanyak $1.2700 untuk 2016. Mereka menamakan risiko kepada pertumbuhan dan pelaburan yang timbul dari dasar fiskal yang lebih ketat, serta permulaan kepada undian sama ada Britain harus meninggalkan Kesatuan Eropah; sebagai sebab utama untuk kejatuhan yang diramalkan.
[adrotate group=”6″]
“Semuanya bergantung kepada BoE, sama ada mereka mahu menolak kembali jangkaan kenaikan kadar atau terus menyatakan kebimbangan tentang inflasi yang rendah” menurut Nawaz Ali, penganalisis pasaran di Western Union. Hari ini Gabenor Bank of England Mark Carney bakal memberi testimoni kepada parlimen Eropah di Brussel dan dijangka memberikan pandangan terhadap masa depan ekonomi UK.