Pound Dollar melonjak lebih 100 pips Selasa semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5240 sebelum menutup sekitar paras 1.5225; apabila dolar AS terus lemah selepas Indeks ISM bukan perkilangan AS dilaporkan suram. Bakal pembeli rumah di UK pula telah ditawarkan dengan sedikit harapan oleh data yang menunjukkan pertumbuhan harga rumah yang sedikit lega, bulan lalu.
Kadar pertumbuhan tahunan susut daripada 9% kepada 8.6% dalam tempoh tiga bulan hingga September, menurut indeks harga rumah Halifax. Harga rumah meningkat 2% dari suku ke suku, turun daripada 3% pada bulan sebelumnya – terendah sejak Mei lalu. Harga purata rumah adalah £202,859 pada bulan September, menurut laporan Halifax tersebut.
[adrotate group=”6″]
Tetapi Encik Martin Ellis, pakar perumahan dan ekonomi Halifax, menolak kebimbangan mengenai pasaran dan berkata keadaan berada di landasan untuk pertumbuhan yang berterusan. Minggu lepas, pemberi pinjaman ‘Nationwide’ berkata bahawa harga rumah meningkat hanya sebanyak 3.8% pada tahun ini hingga September. Ia juga berkata bahawa jurang antara harga di London dan seluruh UK telah mencapai paras rekod tertinggi.