Harga emas jatuh lebih $23.70/oz Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,101.35/oz sebelum menutup sekitar paras $1,107.75; apabila emas terus berada di atas paras tiga minggu terendah ekoran dolar yang kembali bermaya. Namun harga masih kekal dalam jajaran kecil ekoran para pedagang yang menunggu isyarat daripada Federal Reserve tentang masa kenaikan kadar AS pada mesyuarat FOMC minggu depan.
Prospek kadar yang lebih tinggi, akan mengangkat kos bagi memegang emas sambil meningkatkan nilai dolar, telah memberi kesan kepada harga emas pada tahun ini. Feds perlu menangguhkan kenaikan kadar sehingga ekonomi global adalah lebih stabil, menurut Ketua Ekonomi Bank Dunia dalam satu temu bual dengan Financial Times yang disiarkan pada Selasa.
[adrotate group=”6″]
Emas yang telah gagal menarik minat pelabur sebagai ‘safe-haven’, walaupun kelemahan dalam pasaran ekuiti baru-baru ini ekoran kebimbangan terhadap ekonomi China, menunjukkan bahawa para pelabur masih memberi harapan kepada kenaikan kadar pada bulan ini.