Harga emas terus berada dalam dagangan ‘sideway’ untuk hari kedua Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar $9.60/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,094.95/oz ke serendah $1,085.35/oz sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah para pelabur bersama bank pelaburan Goldman Sachs dalam menjangka kejatuhan harga ke paras yang lebih rendah dalam bulan Disember, apabila Federal Reserve AS menaikkan kadar.
Walaupun pasaran mengalu-alukan kenaikan kadar Amerika Syarikat yang pertama sejak 2006, konsensus sedang membentuk di Bank Pusat Eropah untuk membawa kadar caj deposit ke atas bank jauh ke dalam wilayah negatif pada bulan Disember, dalam usaha untuk melemahkan euro dan menaikkan inflasi.
[adrotate group=”6″]
Selepas menjunam sekurang-kurangnya 1.50% dalam dua sesi minggu lepas, turun naik harga emas telah sebahagian besarnya diabaikan sejak laporan pekerjaan AS yang kukuh pada Jumaat lalu. Sepanjang dua hari dagangan lepas, emas telah menutup lebih kurang dalam julat 0.25% daripada harga penutup sesi sebelumnya. Jika tiada sebarang perkembangan yang tidak dijangka, emas dijangka kekal dalam dagangan ‘sideway’ berhampiran paras semasa, sehingga mesyuarat FOMC berikutnya pada 15-16 Disember.