Harga emas meningkat lebih $10/oz Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,115.05/oz sebelum menutup sekitar paras $1,108.45; setelah pasaran emas dijangka bakal memberikan tumpuan besar kepada pernyataan dasar Federal Reserve yang akan datang pada 17 September ini, bagi mendapatkan petunjuk kepada masa kenaikan kadar AS.
“Menjelang mesyuarat Federal Reserve AS minggu depan, peserta pasaran mungkin mengekang transaksi jualan dan belian, jadi kita mungkin tidak dapat melihat turun naik harga seperti yang diharapkan, ” menurut Commerzbank dalam satu nota kepada pelanggan mereka. Harga emas fizikal bercampur-campur di pelbagai pasaran, dengan premium yang meningkat di Gold Exchange Shanghai tetapi pada harga diskaun di pasaran India.
[adrotate group=”6″]
Walaupun harga emas tidak jauh di atas paras lima setengah tahun terendah, emas masih mahal berbanding dengan aset logam berharga lain seperti perak, platinum dan palladium, “terutamanya kerana prestasi komoditi yang lemah dalam persekitaran pasaran yang berisiko,” menurut penganalisis ABN Amro Georgette Boele.