Harga emas yang jatuh lebih $11.50/oz sepanjang sesi Asia Selasa semalam, kembali memacu naik lebih $16.50/oz pada sepanjang sesi Eropah, sebelum menutup sekitar paras $1,168.70/oz; setelah harga disokong oleh minit Federal Reserve AS yang mencadangkan supaya bank pusat AS amat berhati-hati dalam mengetatkan dasar monetari, sebelum data pekerjaan pada minggu lepas menunjukkan penurunan yang ketara di Amerika Syarikat.
Pasaran kekal agak berhati-hati dan mengambil perhatian bahawa minit juga mendedahkan majoriti pembuat dasar Feds berfikir bahawa kenaikan kadar pertama bank pusat AS dalam hampir satu dekad, masih harus hadir pada tahun 2015. Harga emas jatuh hampir 1% sebelum ini, berundur dari paras tiga bulan tertinggi; ekoran aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan dua hari yang dicetuskan oleh jangkaan bahawa Federal Reserve tidak akan menaikkan kadar Amerika Syarikat tahun ini.
[adrotate group=”6″]
Komen daripada pegawai-pegawai Feds juga memberi isyarat, bahawa bank pusat AS itu tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar. Feds perlu mengambil kira ke atas sebarang kenaikan kadar, sehingga ia adalah jelas bahawa kelembapan global, masalah ekonomi di China dan risiko antarabangsa yang lain; tidak akan mendorong pemulihan ekonomi AS menjadi hambar, menurut Gabenor Feds Lael Brainard dalam salah satu lagi pertahanan kuat daripada pendekatan santai untuk menghadapi dasar AS.