Emas yang ‘ranging’ sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah, selepas mencapai paras terendah harian sekitar $1,188.95 memacu naik lebih $15.50 selepas Dollar mula dijual ekoran laporan “industrial production’ AS yang jauh meleset dari jangkaan; sekaligus memudarkan spekulasi kenaikan awal “interest rate” pada Jun ini.
US Dollar mengurangkan kenaikan awal dan tidak berubah berbanding dengan sekumpulan mata wang, selepas data menunjukkan “industrial production” AS jatuh 0.6% pada bulan Mac. “Pengunduran Dollar adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh data ekonomi AS yang lemah dan selagi kita mempunyai data-data ekonomi yang lemah daripada Amerika Syarikat, ia akan mengurangkan kemungkinan untuk Feds mula menaikkan “interest rate” lebih awal.” kata penganalisis dari Commerzbank, Daniel Briesemann .
Mata wang Amerika Syarikat itu juga mula susut nilai berbanding Euro, selepas ECB berkata ia menjangkakan pemulihan ekonomi Euro-Zone bakal meluas dan kukuh, sekaligus menolak kemungkinan menurunkan lagi “interest rate”.
Di pasaran dunia, data menunjukkan ekonomi China meningkat 7% pada suku pertama 2015, yang paling perlahan dalam tempoh enam tahun; sekaligus menyarankan bahawa permintaan emas fizikal daripada pengguna nombor 2 di dunia itu, akan kekal sederhana pada tahun ini. “Pasaran emas adalah agak rendah pada masa ini dan tidak ada hala tuju yang jelas. Saya rasa kita perlu pemangkin yang lebih jelas melalui mesyuarat FOMC nanti dalam masa dua minggu lagi, “kata Howie Lee, penganalisis di Philip Futures.
Ahli Majlis FOMC Federal Reserve AS seterusnya akan bermesyuarat pada April 28-29 ini, dengan isyarat baru-baru ini dari ahli majlis yang mencadangkan Feds masih berminat untuk menaikkan “interest rate” pada Jun ini, walaupun data ekonomi terbaru menunjukkan keadaan ekonomi yang masih lemah.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni