Harga emas terus merudum lebih $19.05/oz Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,065.50/oz sebelum menutup sekitar paras $1,070.05/oz; setelah para trader kembali santai selepas keganasan hujung minggu lalu dan kembali kepada perbincangan kenaika kadar oleh Federal Reserve AS pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini. Perbualan seolah-olah telah beralih daripada bila, kepada sebanyak mana dan berapa banyak kenaikan yang akan berlaku.
Permintaan bagi aset ‘safe-haven’ kembali pudar sepanjang hari dagangan sejak serangan di Paris pada Jumaat. Sejarah tindak balas terhadap insiden keganasan di seluruh dunia sejak 15 tahun yang lalu juga menunjukkan bahawa pergerakan pasaran menjadi semakin singkat. Tumpuan pelabur kembali kepada prospek kos pinjaman Amerika Syarikat, dan angka inflasi AS yang stabil pada 0.2% semalam seperti jangkaan; tambah menguatkan jangkaan kenaikan kadar Feds Disember ini.
[adrotate group=”6″]
“Kenaikan awal harga emas di sebalik permintaan ‘safe-haven’ hampir keseluruhannya telah dinormalkan,” menurut Australia & New Zealand Banking Group. “Kenaikan kadar oleh Feds AS masih menguasai tinjauan harga negatif.” tambah mereka lagi. Pasaran niaga hadapan menunjukkan peluang 66% untuk Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) mengumumkan kenaikan kadar selepas mesyuarat 15-16 Disember ini, naik dari kebarangkalian 50% pada akhir bulan Oktober lalu.