Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar $23.25/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,170.10/oz ke serendah $1,145.75/oz; setelah para pedagang membuat keputusan yang menghairankan dengan menambah permintaan untuk aset ‘safe-haven’ tetapi ini tidak termasuk emas dan dolar AS.
Kebimbangan terus meningkat bahawa pertumbuhan global semakin goyah, pasaran saham merudum bersama mata wang ekonomi baru dan komoditi pada minggu lepas; dan jualan besar-besaran ini semakin meruncing pada hari Isnin semalam. Indeks saham dari Jepun ke Australia tenggelam dengan indeks niaga hadapan AS, sementara pasaran saham China menjunam.
“Pasaran ketakutan – dan ini adalah berita baik untuk emas,” menurut Gavin Wendt, pengarah urusan Mine Life Pty di Sydney. “Pelabur sekali lagi menggunakan kelemahan pasaran sebagai peluang membeli yang besar, dan ini mengukuhkan pandangan positif saya terhadap emas.”
Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !