Harga emas terus jatuh lebih $27/oz Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,117.75 sebelum menutup sekitar paras $1,125.15; setelah emas seolah-olah telah kehilangan permintaan awal minggu ini bersama-sama dengan bon, kerana pelabur telah beralih kepada EUR, USD, dan akhir-akhir ini saham selepas penurunan kadar oleh Bank of China.
Harga jongkong emas meneruskan penurunannya selepas data menunjukkan keyakinan pengguna AS mencecah paras tujuh bulan tertinggi pada bulan Ogos. Ini menunjukkan kekuatan asas ekonomi yang masih boleh membenarkan Federal Reserve AS untuk menaikkan “interest rate” pada tahun ini.
Walaupun pasaran saham gagal untuk menarik perhatian, emas juga kekal di bawah tekanan kerana kenaikan “interest rate” AS pada bulan September masih belum dikesampingkan; walaupun kebarangkaliannya telah turun lebih rendah berbanding beberapa minggu yang lalu. Namun logam berharga dijangka mempunyai alasan untuk permintaan yang kukuh dalam tempoh terdekat, di tengah-tengah turun naik yang tinggi dan ketidakpastian dalam pasaran kewangan global.
Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !