Harga emas susut lebih $10/oz Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,132.10/oz sebelum menutup sekitar paras $1,133.85/oz; setelah kelembapan China yang sederhana masih mempunyai kapasiti untuk memacu harga logam ini lebih rendah, dan kebimbangan telah membawa kepada kejatuhan harga yang mendadak.
Harga emas memacu naik kira-kira 3.4% pada bulan lalu. Para pelabur juga menimbang beberapa komen agresif daripada Naib Pengerusi Federal Reserve AS Stanley Fischer baru-baru ini, yang menunjukkan kemungkinan kenaikan kadar pada bulan September. Para pedagang masih tidak pasti dengan prospek kenaikan kadar AS, dan laporan pekerjaan NFP bagi Ogos pada Jumaat ini mungkin boleh menentukan sama ada kadar AS naik tahun ini.
[adrotate group=”6″]
Sudah tentu dolar yang kuat adalah musuh komoditi, yang disebut harga dalam dolar. Emas dan perak kehilangan tarikan di kalangan pelabur yang mencari pelindung nilai terhadap turun naik pasaran atau tekanan inflasi, menurut laporan Kristian Berthelsen dari Wall Street Journal. Ramai peserta pasaran menjangkakan Feds AS akan menaikkan kadar untuk kali pertama dalam hampir satu dekad, yang akan mengurangkan daya tarikan aset tanpa “interest” seperti logam berharga.