Harga emas terus jatuh untuk hari ketiga berturut-turut, lebih $10/oz Selasa semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,124.30/oz sebelum menutup sekitar paras $1,127.35/oz; setelah emas di India dijangka menyaksikan trend yang lemah berikutan jangkaan kenaikan kadar pinjaman asas Federal Reserve pada lewat tahun ini. Kenaikan kadar di Amerika Syarikat akan menjauhkan pelabur dari emas, dan berpindah kepada sekuriti kerajaan Amerika Syarikat.
Kejatuhan harga emas selepas komentar ahli majlis FOMC Federal Reserve AS yang mengesahkan kenaikan kadar pada lewat 2015; terus diburukkan apabila data pendapatan dan perbelanjaan peribadi AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan. Kejatuhan 1.75% peratus merupakan yang terbesar dalam sebulan, apabila emas memberikan kembali semua kenaikan yang dibuat sebelumnya.
[adrotate group=”6″]
Menurut Presiden Feds New York William C. Dudley, Federal Reserve AS mungkin akan menaikkan kadar pada akhir tahun ini dan mengetatkan dasar secara beransur-ansur selepas itu; sekaligus mengulangi sentimen Pengerusi Janet Yellen bahawa tinjauan global yang tidak menentu tidak akan menangguhkan kenaikan kepada 2016. Data NFP Jumaat ini bakal memberikan para pelabur sedikit sentimen terhadap kenaikan kadar AS pada tahun ini.