Harga emas meningkat $16.50/oz Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $1,140.90/oz sebelum menutup sekitar paras $1,134.30/oz; setelah pasaran menghadapi ketidaktentuan dari pasaran global. Tetapi prospek dolar yang lebih kukuh dan berita ekonomi yang lebih baik daripada Amerika Syarikat mungkin akan mengekang harga logam berharga pada minggu-minggu akan datang.
Sebelum daripada itu, emas terlepas kenaikan besar di seluruh pasaran komoditi pada hari Khamis, kerana data ekonomi AS yang positif yang menolak minyak dan logam lain lebih tinggi, tetapi emas hilang daya tarikan apabila masih terdapat kemungkinan untuk kenaikan kadar AS pada September.
Kadar AS mungkin akan kekal mejadi fokus utama untuk pembeli emas, dengan angka NFP AS pada Jumaat ini untuk pasaran. Emas yang tidak membayar “interest” atau dividen hilang daya tarikan berbanding dengan aset yang mengandungi pulangan apabila kadar meningkat. Kadar yang lebih tinggi akan juga berkemungkinan meningkatkan dolar, membuat emas yang disebutharga dalam dolar AS menjadi lebih mahal bagi kebanyakan pembeli.
Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !