Harga emas membuka dengan ‘gap up’ sekitar $5/oz selepas menutup sekitar $1,168/oz pada Jumaat lalu, apabila logam berharga emas mendapat tambahan permintaan terkesan dari krisis Grexit yang bakal mendapat keputusan muktamad dari referendum Ahad semalam, hari ini. Undian “no” yang mendahului keputusan, menyebabkan pasaran terumbang-ambing dan mencari perlindungan dengan pembelian logam berharga emas dan matawang ‘safe-haven’ seperti Yen dan Dollar.
Sebelum daripada itu, para pedagang mengatakan kejatuhan berterusan dalam logam berharga adalah kerana trend global yang semakin lemah dan tanda-tanda ekonomi AS yang meningkat; sekaligus merangsang prospek kos pinjaman yang lebih tinggi. Ini mengurangkan permintaan untuk emas sebagai pelaburan alternatif. Selain itu, permintaan yang berkurangan dari pembuatan barang kemas di pasaran spot menjejaskan sentimen, tambah mereka lagi.
Walau bagaimanapun, “Emas telah mengecewakan dengan cara ia bertindak balas kepada Greece,” menurut Dan Smith, penasihat kanan di Oxford Economis London pada Jumaat. “AS telah mula melemah, tetapi pandangan kami bahawa mereka masih akan menaikkan kadar secepat mungkin.” tambah beliau lagi.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni