Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar $11.40/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,153.65/oz ke serendah $1,141.90/oz; setelah pasaran bingung dengan kenyataan Presiden Feds San Francisco John Williams semalam, yang tidak mahu pasaran terkejut dengan sebarang kenaikan kadar.
Sebelum daripada itu, Pengerusi Feds Janet Yellen berkata bulan lepas, beliau menjangkakan bank pusat AS akan mula menaikkan kadar tahun ini; tetapi data ekonomi AS yang lemah sejak itu dan pasaran yang berhati-hati terhadap ekonomi global, telah mendorong ramai penganalisis untuk menolak jangkaan tersebut ke tahun depan.
Di pasaran global, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dilaporkan menurunkan unjuran pertumbuhan global untuk kali kedua tahun ini, sambil memetik harga komoditi yang lemah dan kelembapan di China, serta memberi amaran bahawa dasar bagi meningkatkan permintaan adalah amat diperlukan buat masa ini. Feds AS perlu berkomunikasi tentang pandangan ekonomi dengan cukup baik supaya pasaran tidak akan terkejut dengan kenaikan kadar, menurut Presiden Feds San Francisco John Williams semalam.
[adrotate group=”6″]
Data juga menunjukkan bahawa eksport AS merudum, terkesan daripada ekonomi global yang lembap pada bulan Ogos dan import dari China yang melonjak; menjadikan ianya pengembangan terbesar defisit perdagangan Amerika Syarikat dalam masa lima bulan. “Kita mengesyaki bahawa data makro AS mula merosot, dan dolar mungkin akan terus lemah, sekaligus menyediakan dorongan kenaikan untuk emas,” menurut penganalisis INTL FCStone Edward Meir.
Dolar yang lemah akan menjadikan emas lebih murah bagi pemegang mata wang lain, manakala kelewatan dalam kenaikan kadar juga boleh menyokong emas yang tidak membayar dividen. Emas telah mendapat manfaat pada tahun-tahun kebelakangan ini daripada kadar yang sangat rendah, apabila ianya menurunkan kos untuk memegang logam berharga tersebut.