Harga minyak mentah terus merudum Khamis semalam, dengan crude jatuh $1.15 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $39.85 setong sebelum menutup sekitar paras $40.45 setong; manakala brent pula berada dalam dagangan ‘sideway’ dengan pergerakan sekitar $1.05 setong dari paras tertinggi harian sekitar $45 setong ke serendah $43.95, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; setelah para trader menimbang semula keadaan di Timur Tengah dan ISIS, manakala berita dari Iran, Iraq dan Rusia seolah-olah menunjukkan bahawa mereka akan terus mengepam minyak.
Dalam tempoh dua minggu lalu, pasaran telah dikuasai terutamanya oleh data pasaran buruh AS yang telah meningkat dengan ketara, sekaligus menandakan kemungkinan kenaikan kadar di Amerika Syarikat telah menjadi rasmi pada bulan Disember depan. Walau bagaimanapun, kesan langsung ke atas pasaran minyak adalah terhad, dan ianya berpunca daripada peningkatan nilai Dollar AS. Di samping itu, pasaran kecewa lagi dengan data dagangan asing China yang lemah bagi Oktober.
[adrotate group=”6″]
Walaupun begitu, kadar peningkatan import minyak ke China kekal pada paras yang berpatutan pada bulan-bulan kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, pada akhir Oktober lalu harga minyak mentah Brent menghampiri paras terendah dalam dalam masa enam tahun sejak akhir bulan Ogos lalu.
Peristiwa di Paris baru-baru ini boleh membawa kepada ketegangan yang meningkat di Timur Tengah, tetapi kita tidak melihat apa-apa kesan langsung kepada pasaran minyak. Keadaan paradoks ini cenderung untuk melibatkan tarikan permintaan yang negatif dan risiko kejatuhan harga seterusnya, khususnya dalam jangka pendek, ekoran wilayah yang dikuasai oleh ISIS tidak begitu penting untuk pengeluaran minyak global.