Harga minyak mentah melonjak naik Selasa semalam, dengan crude naik lebih $1.55 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $43.40 setong sebelum menutup sekitar paras $42.60; manakala brent pula naik lebih $1.50 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $46.80 setong sebelum menutup sekitar paras $46.25 setong; setelah para trader bertindak balas terhadap komen dari Arab Saudi bahawa ia bersedia untuk mendengar dan mengkaji semula permintaan ahli-ahli OPEC terhadap kuota dan pengeluaran yang lebih rendah.
Di pasaran niaga hadapan minyak mentah, kontrak yang tamat pada Januari jatuh kira-kira 3% kepada $40.67 (pada masa penulisan), turun daripada penutup sebelumnya $41.90 pada hari Jumaat lalu. Pergerakan ke bawah didorong oleh permintaan yang rendah bagi minyak, disebabkan oleh Dollar yang kukuh dan kebimbangan berterusan terhadap lebihan bekalan global. Permintaan yang rendah dari China telah mencetuskan kebimbangan dalam pasaran kerana hampir semua komoditi, termasuk minyak, telah merudum sejak kebelakangan ini.
[adrotate group=”6″]
Pada masa yang sama, ramai penganalisis percaya bahawa inventori minyak mentah akan terus meningkat, apabila pengeluar minyak terus meningkatkan pengeluaran dalam usaha untuk mengekalkan bahagian pasaran mereka. Laporan rasmi berkata, “Pada 487.3 juta tong, inventori minyak mentah AS kekal pada paras yang tidak pernah dilihat dalam sekurang-kurangnya 80 tahun yang lalu.” Pasaran percaya lebihan bekalan global akan menjadi lebih buruk pada tahun depan dan harga minyak boleh terus menggelongsor. Barnabas Chen, seorang penganalisis komoditi OCBC, berkata, “Kejatuhan crude ke bawah paras $40 setong adalah sangat mungkin dan benar.”
Agensi berita rasmi Arab Saudi memetik bahawa Kabinet Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, ia bersedia untuk bekerjasama dengan ahli dan bukan ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengekalkan kestabilan pasaran. “Ini mungkin hanya janji-janji kosong. Jika pasaran benar-benar percaya bahawa Saudi bersedia untuk menyokong harga, harga akan pulih ke paras yang lebih tinggi, “kata Daniel Ang, seorang penganalisis tenaga di Phillip Futures.