Harga minyak mentah berada dalam dagangan ‘bercampur-campur’ Rabu semalam, dengan crude yang jatuh lebih $1.40 setong sepanjang sesi pagi Eropah, kembali memacu naik untuk menutup sekitar paras $43.15 setong; manakala brent juga membuat aksi yang sama sebelum menutup sekitar paras $46.60 setong; setelah harga minyak mentah kehilangan arah dalam dagangan awal semalam, walaupun ketegangan semakin meningkat di rantau pengeluar minyak, yang menekankan kebimbangan pasaran berterusan mengenai lebihan global.
Sebelum daripada itu, harga minyak meningkat 3% apabila ketegangan di Timur Tengah berikutan kemalangan Turki menembak jatuh jet pejuang Rusia berhampiran sempadan Syria-Turki. Pada masa yang sama, Dollar yang sedikit lemah menyediakan insentif bagi pelabur untuk membeli lebih banyak minyak. Turki berkata ia telah menembak jatuh jet pejuang Rusia berhampiran sempadan Syria, selepas jet tersebut berulang kali melanggar ruang udara Turki. Satu insiden yang paling serius di antara negara ahli NATO dan Rusia dalam lebih setengah abad.
[adrotate group=”6″]
Dalam pada itu, pasaran niaga hadapan minyak mentah meningkat selepas Arab Saudi berjanji untuk berusaha ke arah kestabilan harga minyak; manakala Dollar yang kukuh dan kenaikan yang dijangka dalam simpanan minyak mentah AS mengekang kenaikan lanjut. Arab Saudi membawa anjakan paradigma kepada Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada bulan November 2014, untuk mempertahankan bahagian pasaran dan bukannya mengurangkan pengeluaran untuk mengawal harga.
Kabinet Arab Saudi berkata, ia telah bersedia untuk bekerjasama dengan negara OPEC dan bukan OPEC untuk mencapai kestabilan pasaran. Keputusan tersebut dicapai beberapa hari sebelum OPEC bermesyuarat untuk mengkaji semula dasarnya yang tidak mahu mengurangkan pengeluaran bagi menyokong harga. Namun terdapat keraguan sama ada komen Arab Saudi itu akan membawa apa-apa perubahan yang ketara kepada dasar sedia ada.