Dollar CAD melonjak lebih 105 pips Isnin semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3010 sebelum menutup sekitar paras 1.2995; setelah Kanada menyambut cuti Hari Kesyukuran semalam. Loonie tidak mendapat apa-apa sokongan dari pacuan yang berterusan dalam harga minyak dan emas, selepas kenaikan kukuh minggu lalu.
Pasaran juga telah menurunkan jangkaannya untuk Federal Reserve AS menaikkan kadar dalam 2015-16. Pasaran niaga hadapan Chicago Fed Funds meramalkan kebarangkalian 30% untuk kenaikan kadar Feds pada bulan Disember ini. Walau bagaimanapun, Feds AS sudah tentu tidak mahu menaikkan kadar di tengah-tengah pilihan raya presiden Amerika Syarikat, bagi menjaga kebebasan politik dari White House dan Kongres.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran Kanada pula, Bank of Canada juga tidak akan membayangi kadar AS yang lebih tinggi; ekoran ekonominya yang berada dalam kemelesetan teknikal dan pertumbuhan GDP yang dijangka hanya sekitar 1% pada tahun 2015. Kenaikan kecil dalam eksport Kanada ke AS pada musim panas lalu, akan diimbangi oleh kejutan pertumbuhan di China , Brazil dan Asia Tenggara. Kejatuhan pelaburan dalam sektor tenaga dan perlombongan, bermakna masalah kewangan bakal melanda Alberta, Manitoba, Saskatchewan dan British Columbia – negeri-negeri utama dalam Kanada.