Dollar CAD berada dalam dagangan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.2360 ke serendah 1.2295 sebelum menutup sekitar paras 1.2325; setelah mata wang Amerika itu meningkat berasaskan permintaan aset ‘safe-haven’ dan mata wang komoditi yang kekal lemah. Emas dan minyak telah sedikit turun semalam, sekaligus mengekang CAD.
Dollar AS mula kembali menguat sebelum Mesyuarat FOMC esok. Feds mungkin akan menjelaskan mesej yang bercampur-campur dalam data ekonomi pada separuh pertama 2015, dan masa kenaikan “interest rate” akan terus bergantung kepada data dan bahawa keputusan untuk menaikkan “interest rate” hanya akan datang apabila data menunjukkan pertumbuhan yang mampan dan bermomentum.
Fed pada dasarnya melewatkan kenaikan “interest rate” Jun ini daripada mesyuarat terakhir, dengan mengatakan bahawa ekonomi telah menjadi perlahan pada suku pertama tahun 2015. Sejak itu beberapa suara-suara yang berpengaruh – Tabung Kewangan Antarabangsa, misalnya – telah menggesa Fed untuk melambatkan kenaikan sehingga 2016.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni